Baraj (artileri)
Baraj (artileri)

Baraj (artileri)

Dalam istilah ketenteraan, baraj ialah tembakan bertubi-tubi artileri yang disasarkan pada satu siri tempat di sepanjang garisan. Selain menyerang mana-mana musuh di garisan itu, tujuan baraj juga untuk menekan pergerakan dan tindakan musuh menerusi garisan itu. Titik sepanjang garisan mungkin dalam jarak 20–30 ela (meter), dengan panjang keseluruhan garisan dari beberapa ratus hingga beberapa ribu ela (meter) panjang. Baraj boleh merangkumi beberapa garisan seperti itu, biasanya jarak sekitar 100 ela (meter), dengan baraj beralih dari satu garis ke garis berikutnya, atau beberapa garisan dapat disasarkan serentak. Bedilan bertubi-tubi boleh melibatkan sedikit atau banyak pasukan meriam, bahkan (jarang-jarang) satu meriam. Biasanya setiap meriam dalam satu baraj, menggunakan tembakan tidak langsung, akan menembak tanpa henti pada kadar tetap terhadap tempat dan masa yang ditetapkan sebelum beralih ke tempat yang seterusnya, mengikuti jadual terperinci baraj tersebut. Tembakan bertalu-bertalu biasanya menggunakan peluru letupan tinggi, tetapi mungkin bedilan shrapnel, bedilan asap, bedilan suar, gas beracun (dalam Perang Dunia I), atau agen-agen kimia yang berpotensi lain. Baraj berbeza dengan tembakan padu artileri, yang menumpukan satu sasaran khusus seperti kedudukan atau struktur musuh yang diketahui, dan berbeza dengan tembakan langsung yang menyasarkan musuh di hadapan pandangan artileri.Baraj boleh digunakan secara defensif atau ofensif, dan mempunyai pelbagai corak. Corak defensif selalunya berbentuk statik (seperti baraj tetap) manakala corak ofensif bergerak dalam koordinasi bersama kemaraan pasukan sendiri (seperti baraj creeping, rolling, atau block). Ia mungkin menyasarkan seluruh barisan hadapan, atau lebih jauh kedalam kawasan belakang musuh untuk mengasingkan posisi tertentu musuh (seperti baraj box). Beberapa siri corak berlainan dapat digunakan ketika dalam pertempuran, dengan setiap baraj berlangsung hanya beberapa minit atau berjam-jam. Baraj biasanya disepadukan dengan operasi yang lebih besar oleh pelbagai formasi tentera, daripada peringkat divisyen hingga tentera darat medan, memerlukan persiapan dan perancangan tepat yang berhari-hari atau berminggu-minggu.Baraj telah dicipta oleh tentera British dalam Perang Boer Kedua. Ia menjadi terkenal dalam Perang Dunia I, terutamanya digunakan oleh Pasukan Ekspedisi British dan terutama dari hujung tahun 1915 dan seterusnya apabila British menyedari kesan peneutralan artileri memberikan bedilan pelindung adalah kunci untuk memecah masuk kedalam posisi defensif. Menjelang akhir tahun 1916 baraj creeping merupakan cara standard menerapkan tembakan artileri bagi membantu serangan infantri, dengan infantri mengikuti kemaraan baraj secara dekat. Penggunaan cara ini telah mengiktiraf kepentingan tembakan artileri dalam meneutralkan (atau menekan) dan bukannya menghancurkan pihak musuh. Didapati bahawa kemaraan baraj diikuti rapat oleh serangan infantri adalah jauh lebih efektif dari pengeboman awal selama berminggu-minggu.Baraj kekal digunakan dalam Perang Dunia II dan selepasnya, tetapi hanya sebagai salah satu dari pelbagai taktik artileri yang dibuat melalui pembaharuan dalam tembakan ramalan, lokasi dan komunikasi sasaran. Istilah baraj meluas, dan secara teknikalnya tidak tepat, digunakan dalam media popular untuk tembakan artileri.